Monday 11 January 2016

8 Tip Penjagaan Kucing Yang Anda Perlu Tahu


Kami pasti di luar sana ramai yang berminat dengan kucing. Keletah merek yang comel membuatkan kita terhibur dan hilang stress. 

Walaubagaimanapu, adakah anda tahu kucing yang sihat sebenarnya memerlukan penjagaan yang betul? Ikuti tip-tip di bawah ini supaya kucing peliharaan anda sentiasa sihat, gebu dan ceria. 

1. Mandikan kucing dengan air suam


Si manja perlulah dimandikan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali dengan menggunakan air suam, kalau guna air sejuk dia akan mengigil, tubuh dia kan kecik, so dia tak dapat tahan kesejukan air  kalau anda guna air sejuk, berkemungkinan besar dia akan melompat dan mencakar cakar anda.

2. Jirus bahagian ekor dahulu


Tahap kepanasan air tu biarlah suam-kuku, agak-agaklah la si manja tidak sejuk & tidak berapa panas bila ia dijirus dgn air tersebut... Anda perlulah memandikan si comel dari ekor terlebih dahulu, jirus bahagian ekor dan seterusnya ke seluruh badan kecuali muka dan telinga. 

Telinga si manja tidak boleh dimasuki air, jika tidak, telinganya boleh bernanah, muka pula tak boleh dijirus, nanti dia lemas, cukup sekadar anda lap menggunakan tuala kecik yang telah di basahkan. 

Kemudian, syampu seluruh tubuh badan si comel kecuali bahagian kepalanya sahaja (jangan sekali kali guna syampu manusia)... Gosok2 dan garu badannya sehingga diliputi syampu, gaul sehingga ia sebati & mesra. 

Sebab jika si manja ade kutu, bagi kutu tu pening2 lalat supaya ia pengsan dan mengalir jatuh bersama air. Setelah itu, bilas kembali degan air suam hinggalah buih-buih syampu itu hilang. 

Bersihkan hidung & mata si manja anda dengan kain tuala atau tisu yg dilembapkan (lembap, bukan basah ya).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...